Rabu, 23 April 2014

Berdua Dengan Dua Orang Jahiliah

Menghunuskan Pedang, Menampar Pipi, Mengoyak Saku Baju, Dan Berdua Dengan Dua Orang Jahiliah


Sabda Nabi SAW: Sesiapa Yang Menghunuskan Pedang Kepada Kami Maka Dia Tidak Termasuk Dalam Golongan Kami

61   Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya:

Nabi bersabda: Sesiapa yang menghunuskan pedang kepada kami, maka dia tidak termasuk dalam golongan kami


62  Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya:

Nabi s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menghunuskan pedang kepada kami, maka dia tidak termasuk dalam golongan kami


Haram Menampar Pipi, Mengoyak Saku Baju, Dan Berdua Dengan Dua Orang Jahiliah

63   Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas'ud r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah


Terlalu Berat Hukuman Haram Bagi Orang Yang Menabur Fitnah

64   Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya:

Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah


Haram Melabuhkan Kain Kerana Menunjuk-nunjuk, Mengungkit-ungkit Pemberian, Dan Melariskan Dagangan Dengan Bersumpah, Allah Tidak Akan Berkata-kata Kepada Tiga Golongan Manusia Pada Hari Kiamat, Tidak Membersihkan Mereka Dari Dosa Dan Mereka Akan Diazab Dengan Azab Siksa Yang Pediha.

65   Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Tidak Akan Berkata-kata Kepada Tiga Golongan Manusia pada Hari Kiamat, tidak membersihkan mereka dari dosa dan mereka akan diazab dengan azab siksa yang pedih. Mereka itu ialah seseorang yang mempunyai lebihan air di Padang Sahara tetapi dia enggan memberikan air tersebut kepada musafir yang memerlukan. Seseorang yang menjual barang dagangan selepas waktu asar dan dia bersumpah dengan nama Allah iaitu sumpah bohong bahawa dia membeli barang tersebut dengan harga sekian, sekian menyebabkan pembeli mempercayainya sedangkan dia membelinya bukan dengan harga tersebut. Seseorang yang berikrar setia kepada seorang pemimpin kerana tujuan keduniaan, sekiranya pemimpin berkenaan memenuhi permintaannya dia tetap setia dan jika tidak dia berpaling tadah


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Facebook Comments