Rabu, 11 Juni 2014

Memuliakan tamu

Dorongan Supaya Memuliakan Jiran Tetangga Dan Para Tetamu. Digalakkan Berdiam Diri Kecuali Untuk Melakukan Kebaikan. Semua Itu Merupakan Sebahagian Dari Iman.


30  Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya

31  Diriwayatkan daripada Abu Syuraih al-Khuza'iy r.a katanya:

Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam


Melarang Kemungkaran Itu Sebahagian Dari Iman. Iman Akan Bertambah Dan Berkurang. Menyuruh Berbuat Baik dan Melarang Dari Kemungkaran. Kedua-duanya Merupakan Kewajiban.

32  Hadis Abu Said r.a: Diriwayatkan daripada Tariq bin Syihab r.a katanya:

Orang pertama yang berkhutbah pada Hari Raya sebelum sembahyang Hari Raya didirikan ialah Marwan. Seorang lelaki berdiri lalu berkata kepadanya: Sembahyang Hari Raya hendaklah dilakukan sebelum membaca khutbah. Marwan menjawab: Sesungguhnya kamu telah meninggalkan apa yang ada di sana. Kemudian Abu Said berkata: Orang ini benar-benar telah membatalkan apa yang menjadi ketentuan kepadanya sedangkan beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Facebook Comments