Kelebihan Golongan Yang Beriman dan Berkurangnya Iman Seseorang
Kelebihan Golongan Yang Beriman dan Keunggulan Penduduk Yaman
33 Diriwayatkan daripada Abi Mas'ud Uqbah bin Amru r.a katanya:
Nabi s.a.w memberi isyarat dengan tangan ke arah Yaman, seraya bersabda: Ingatlah, sesungguhnya iman ada di sana sedangkan kekerasan dan kekasaran hati ada pada orang-orang yang bersuara keras berhampiran pangkal ekor unta ketika muncul sepasang tanduk syaitan, iaitu pada Bani Rabi'ah dan Bani Mudhar
34 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Penduduk Yaman datang, mereka lebih lembut hatinya. Iman ada pada orang Yaman. Fiqh juga ada pada orang Yaman. Kemudian hikmah juga ada pada orang Yaman
Agama Adalah Nasehat
35 Diriwayatkan daripada Jarir bin Abdullah r.a katanya:
Aku membuat bai'ah kepada Rasulullah s.a.w untuk selalu mendirikan sembahyang, memgeluarkan zakat dan memberi nasihat baik terhadap setiap Muslim
Iman Berkurangan Jika Melakukan Maksiat Dan Tidak Sempurna Iman Seseorang Yang Senantiasa Melakukan Maksiat
36 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar